Melayu Oh Melayu...N Malaysia tanah air ku...

errmm... cm berat jer tajuk nih kan...tp ini mcm pandangan pribadi aku la sebagai anak jati Malaysia nih...sudah lama kita merdeka tp kelakuan rakyat + pemimpin makin berundur...kenapa yer?? kurang kesedaran mengenai kewarganegaraan? tp tue xmungkin la...sbb aku rasa sejak dr sek ren kita diajar mengenai Malaysia and sikap pemimpin dan rakyat semasa mendapatkan kemerdekaan..bersatu hati untuk mendapatkan matlamat yang sama..

Rakyat kini makin ramai yang bijak pandai... dapat menilai aper yang buruk dan yang baik...namun kadangkala, keiginan peribadi lebih diutamakan berbandingan kepentingan bersama..

Pemimpin pula kadangkala lemas ditengah-tengah perjuangan...kalah dengan keadaan sekeliling...harta, duit n kuasa...lelaki mahupon perempuan pasti akan tewas dengan 3 perkara ini..namun kadang kala kite terlupa akan kesinambungan kehendak kita itu...

kita renungkan bersama, dahulu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai politik yang stabil...sekarang politik makin bergolak....hampir setiap bulan ada sahaja perang politik yang terjadi...lebih mengecewakan perang politik terjadi dikala ekonomi tidak stabil...adakah ini adil pada rakyat yang berharap agar pemimpin mereka sentiasa ada dalam menagani isu sebegini??? pembaziran wang yang tidak perlu harus la dihentikan kerana setiap duit yang dikeluarkan oleh rakyat adalah dengan harapan dapat pulangan semula kepada rakyat...

Malaysia tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan USA..namun kenapa politik disana lebih stabil?? adakah mereka sebangsa??? tidak juga...mereka juga berbilang kaum sehingga terjadi pergaduhan dan kematian yang secara asasnya adalah berpunca dari pertelingkahan antara kaum... sedarlah wahai rakyat Malaysia..kalau kita sendiri tidak mengharmonikan negara kita?? adakah kita berharap orang lain akan masuk campur tangan untuk mengharmonikan negara kita yang pada hakikatnya mereka akan mengambil kesempatan pada setiap kesilapan kita sendiri??? renung-renungkan...

0 comments:

Post a Comment